Monday, April 1, 2013

TANDA GANGUAN MAKHLUK HALUS

TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya : Mandul ( bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan ).

* Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
 * Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.
* Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.

 Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini: a. Lekas marah atau panas baran b. Irihati c. Cemburu d. Jahat sangka e. Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan f. Menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya. Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya

Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.




 TANDA-TANDA SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN

 * Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya.
* Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
* Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
 * Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri. * Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti: a. Api menyala dengan sendiri b. Bunyi orang berjalan c. Menangis d. Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya. Antara sebab-sebabnya ialah: * Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya. * Putus pertunangan. * Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan. * Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan. * Rebutan harta pusaka.
* Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
* Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama.

TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK HALUS ADALAH MELALUI:

* Mimpi.
* Perubahan atau sakit pada tubuh badan.
* Gangguan dirumah atau dipersekitaran.
* Mempelajari atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
* Menggunakan makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya.

 Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masaalah ketika tidur.

GANGGUAN KETIKA TIDUR

 1. Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur nyenyak.

2. Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan.

3. Di langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.

 4. Di terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.

5. Sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.

6. Di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

7. Mimpi melihat binatang yang menakutkan.

8. Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.

 9. Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi. Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.


Masuknya jin ke dalam tubuh manusia Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.

 Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

 " Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya "

. Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi. Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.

Antaranya : Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai sahabatnya. Melalui " saka Baka " Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.

Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.

 Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.

Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.

 Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin. Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia )

Antara tempat-tempat tersebut ialah :-

Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.

 Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.

Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.

Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.

Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.

 Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya. Manusia yang selamat dari gangguan Jin , Iblis dan Syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam.

Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh

perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, para ulama dan sebagainya. Dengan itu Insyaalah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan para Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya.




WANITA MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN

Kemandulan itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii yang boleh diorawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir. Kemandulan Yang Berlaku Akibat Gangguan Jin Mempunyai Tanda-Tanda Tertentu,

Antaranya; Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

Kusut fikiran.

 Sakit dibahagian tulang-tulang belakang

Mengigau ketika tidur

 Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

 Kemandulan yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Dalam hadis Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :

 ‘ Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah’. -

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah Binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masaalah turun haid yang begitu lama. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan oleh nya.

Akhirnya baginda bersabda : ‘Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan ‘. - Riwayat At-Tarmizi. Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

 Ada Dua Punca Utama Terjadinya Masaalah Yang Dihadapi Oleh Kaum Wanita Yang Terlibat Selain Daripada Sebab-Sebab Fizikal:

 * Akibat sihir * Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan. Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik
air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

No comments:

Post a Comment