Monday, April 1, 2013

AJAIBNYA KUASA DAN KERJAMU TUHAN DIDUNIA INI



AJAIBNYA KUASA DAN KERJAMU TUHAN




Engkau tidak lihatkah kuasa Tuhan dan kerja2NYA
Setiap hari kita lihat,membaca dan mendengarnya
Sungguh menakutkan dan mengerikan
Orang orang kaya yang punya nama
Tiba tiba mati mengejut meninggalkan harta
Orang orang kaya yang punya Glamour
Tiba tiba muflis menjadi papa

Pemimpin peminpin yang ternama
Yang sedang membina nama tiba tiba dijatuhkan oleh rakyatnya
Seorang yang ternama dikagumi oleh di dunia mati terhina
Gunung berapi meledak,gempa bumi menggoncang
Air bah mengamuk
Tidak dapat dibendung oleh alat dan teknologi yang canggih

Kapal terbang jatuh membunuh beratus ratus penumpang
Yang tidak mampu tenaga manusia membendungnya
Belum lagi manusia mati setiap hari
Akibat perang yg manusia bukan suka
Tapi tidak dapat menahan dan menbendung
Daripada berlakunya peperangan yang memusnah
Hampir hampir setiap bulan didunia

Ada sahaja negara yang dipukul ribut
Memusnahkan dan merosakan apa sahaja
Air bah menganas,membunuh,meruntuh dan membinasakan apa sahaja
Belum lagi soal soal jenayah yang manusia tidak suka tapi terjadi
Eksiden dan perlanggaran kereta
Setiap hari membunuh dan merosakkan
Tanah runtuh dan berbagai bagai lagi kejadian yang mengerikan terjadi
Tidak mampu manusia mengelakkannya

Sekalipun mempunyai ilmu yang tinggi
Begitulah kuasa TUHAN dan kerja TUHAN didunia ini
Tapi tidak ada manusia yang mengambil ikhtibar dan pengajaran
Di akhirat lebih lagi parah kena hukuman
Bagi mereka yang tidak sedar
Dan tidak rujuk kepada TUHAN
Yg seksanya lebih parah lagi
Yang penderitaannya lebih sengsara lagi dan lebih hebat




No comments:

Post a Comment