Tuesday, April 2, 2013
ENGKAU TIDAK LIHATKAH KASIH SAYANG TUHAN?
Engkau tidak lihatkah bagaimana kasih sayang tuhan?
Engkau tidak sedarkah rahmat Tuhan keatas dirimu?
Engkau boleh hidup kerana engkau boleh menarik nafas turun naik oksigen Tuhan yang diizinkan kepadamu,
Engkau ada lidah boleh merasa makanan yg lazat
Setiap hari engkau gunakan untuk bercakap,
Itulah kasih sayang Tuhanlah kepadamu!
Mengapa engkau tidak terasa kasih sayangNYA kepada engkau?
Diwaktu engkau letih perlu rehat,ditidurkan-NYA kepada engkau?
Hingga pulih semula kesegeran badanmu
Engkau mendapat semula kekuatan badan untuk bekerja
Bukankah itu ksih sayang Tuhan kepada engkau,.?
Diwaktu ingin berhibur,engkau diberi suami atau isteri,
Engkau boleh menghilangkan tension dan ketegangan fikiranmu
Boleh bertolong bantu satu sama lain,Meringankan kerja kerja mu,
Engkau tidak terasa lagikah kasih syg tuhanmu?
Enkau diberi mata boleh melihat berbagai bagai benda,
Hingga engkau boleh menilai apa yang engkau lihat,
Setengah yg kau lihat boleh menghiburkan engkau,
Apakah itu bukan kasih sayang Tuhan kepadamu.?
Sekali sekala engkau disakitkan,
Ada kalanya engkau dimiskinkan
Agar engkau sedar engkau hamba yang tidak ada kuasa,
Engkau rasa tidak menyenangkan dan hilang kesabaran engkau,
Sedikit sahaja nikmat engkau diambil,engkau gaduh
Sedangkan nikmat nikmat yg disebut tadi,lebih besar dari yang diambil,
Engkau tidak terasa yang engkau masih beruntung
Engkau terasa yang tidak ada
Yang ada pada engkau yang begitu banyak engkau lupakan
Sepatutnya engkau berterima kasih pada Tuhan,
Kerana yang hilang terlalu sedikit,Dibandingkan yang masih ada,
Engkau ini betullah manusia yang tiada hati perut
Tuhan memberi kasih sayang kepada engkau setiap masa
Engkau tidak terasa?
Kalau engkau masih tidak sedar,
Patutlah engkau ini masuk neraka
Kerana kufur nikmat ALLAH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment