Wednesday, July 31, 2013

JANGAN ENGKAU TERLALU BERKIRA DENGAN TUHAN



SERIUS JANGAN BERKIRA

Gaji ? INGAT; Tuhan yang beri,

Untung niaga ? INGAT; Tuhan yang beri,

Kereta ? INGAT; Tuhan yang beri,

Kesihatan ? &INGAT; Tuhan yang beri,

Tempat tinggal ? INGAT; Tuhan yang beri,

ANAK DAN BINI ? INGAT; Tuhan yang beri

DAN lain-lain INGAT; Tuhan juga yang beri,

 "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nahl: 18)

 tuhan dah beri macam-macam.. jadi,  JANGAN-LAH BERKIRA :

nak masuk tabung masjid, -
nak sedekah pada pengemis, -
nak derma pada pembinaan masjid,tahfiz, dan lain lain

 BAGI MAKAN PADA HAIWAN (kucing, ikan , anjing pun makhluk tuhan)
 pesanan untuk diri saya sendiri.

 TIPS INGATLAH; jangan fikir 2kali untuk buat kebaikan, kerana yang kedua itu adalah bisikan syaitoon.. "psssstt..kalau kau masuk RM10, habis la duit kau nanti, tak boleh la nak beli beger daging spesel ? nak isi minyak moto lagi...masok RM1 sudah laahh..jimat-jimat" .

Friday, July 26, 2013

ILMU KOTA TAUHID AULIA


Dengan Izin, Ridho dan Rahmat ALLAH, Insya Allah, Saya akan mengijazahkan ILMU MAHKOTA TAUHID sebagai amalan utama untuk beroleh kerberhasilan didunia dan di akhirat, Saya akan Mengijazahkannya dengan metoda ba'iat secara langsung.

 ILMU KOTA TAUHID AULIA

adalah suatu ilmu yang zikir kalimah thoiyibah atau kalimah tauhid yang mana apabila di dawamkan secara istiqomah selama beberapa hari dengan niat untuk menjalankan Hak ALLAH pada diri kita iaitu beribadah untuk ALLAH dan DEMI ALLAH dan diiringi dengan KETAQWAAN,maka secara automatik pengamal akan di kurniai oleh ALLAH pancaran rahmatNYA berupa berbagai kurniaNYA dan nikmat di dunia maupun di akhirat

 ILMU KOTA TAUHID AULIA

adalah amalan para Waliyullah yang asli dari kitab hikmah kuno, yang mana apabila di amalkan diiringi dengan pemahaman Tauhid, Insya Allah dengan rahmat-Nya sangat banyak sekali bonusnya, diantaranya:

Meningkatkan kualitas Tauhid Channel Energi Keilmuan yang Haq

 Membersihkan diri dari segala hijab-hijab penghalang

 Membersihkan Aura-Aura Negatif Membersihkan diri dari segala kesialan

 Di bukakan pintu-pintu rezeki dan terbayar hutang

Perlindungan yang kokoh dan kuat dari segala kejahatan mahluk dan bala bencana

Senantiasa di tolong oleh Allah Di mudahkan semua urusan

 Di kabulkan segala Hajat

 Di kuatkan jiwa dan raga

Mempertajam Mata Hati

 Melumpukan Musuh Mengosongkan Ilmu musuh

 Mengobati Santet/Teluh

 Membakar mahluk ghaib atau Jin yang zalim

 Mahabbah Umum Kewibawaan

 Peningkatan Derajat

Pengobatan Penyakit Medis dan Non-Medis

Dan pelbagai khasiat dan kelebihan yang tidak di nyatakan melalui rahmat ALLAH


  Syarat-Syarat :

 Islam

Istiqomah dalam berzikir sebagai ibadah kepada Allah

Tidak mengambil ijazah/pengisian/penyelarasan/ba'iat dari orang lain setelah Ba'iat/Pengisian

Menjauhkan diri dari apa yang di larang oleh agama islam

 **peringatan ilmu bukan ilmu copy paste dan atau di kedai kedai buku atau kitab mujarobat di toko toko buku atau di website/blog keilmuan percuma. ini sebenar benar gembleng ilmu HIKMAH DARI SUMBER YANG ASLI.

Pertama kali saya bukakn rahsia....dan bg julung kali kali tak perlu bayar sampai beribu beribu ringgit kalau dibandingkan manfaat dan rahsia yang akan anda dapat nanti. saya tetapkan hanya bagi yg serius sahaja untuk di ijazahkan ilmu ini

MAHAR:RM499(sementara msh ada dan akn dinaikan lagi) BERMINAT SILA BNK IN KE ACC CIMB 0616 0001350 521 MHD SYUKRI B.ACHYAR SELEPAS ITU SMS NAMA PENUH,ALAMAT,NO TEL,NAMA IBU KE TEL NO 019 2959366

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH MALAM 1-30 RAMADHAN



TAWARAN HEBAT SEMPENA BULAN RAMADHAN...AYUH SEKALIAN GI BERAMAI2 DI MASJID2/SURAU2 YG BERDEKATAN DI BULAN YANG PENUH DENGAN RAHMAT DAN KERBERKOHAN

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
 Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

 3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
 Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

 6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
 Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

 7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

 9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
 Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
 Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

 11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
 Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

 13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
 Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
 Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

 16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
 Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

 18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
 Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
 Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
 Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

 22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
 Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

 23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
 Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

 25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

 26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
 Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
 Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
 Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

 30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Thursday, July 25, 2013

ILMU ASMA NURUL AULIA




ASMA NURUL AULIA TAHAP PEMUNGKAS

 Juga disebut juga sebagai asma barokah ada disebut juga sebagai asma kesempurnaan tidak ada batas dimana apabila diamalkan secara ikhlas dan istiqomah maka insya Allah mendapat bonus pahala di dunia seperti kehidupan pengamal dan keluarganya tambah barokah , ibadah semakin khusyu, hati semakin tenang, rezeki tambah barokah, rumah tangga barokah, bisnis atau kerja tambah barokah, doa sangat mustajab....,

Perlindungan dan Pertolongan dari Allah dari setiap masalah dan marabahaya, mahabbah/pengasih, bisa bayar hutang, selalu beruntung dan sukses, Insya Allah mendapat Syafa'at dari Rosululloh..., pokoknya 1 ilmu

  PENGIJAZAHAN ASMA NURUL AULIA 

Asma NURUL AULIA  adalah Hizib Khos dari Syeikh Abdul Qadir Jilani dan Syeikh Ma'ruf al-Karkhi, yang mana apabila sudah menerrima ijazah, pengisian disertai istioqmah dalam mendawamkan amalan ini dan juga dis sertai niat yang ikhlas beribadah karena Allah, Demi Allah dan Untuk Allah dengan tata-cara berzikir sesuai dengan apa yang sudah saya ajarkan tanpa di campur-campur, Insya Allah Bonus di dunia adalah sebagai berikut

ASMA NURUL AULIA TAHAP PAMUNGKAS adalah gabungan Ismul Adzom dan Selawat Khusus yang diciptakan seorang Sheikh Besar di zamannya dan ditulis dalam satu kitab hikmah yang disusun oleh beliau,Asma ini termasuk ASMA MUJAROB kerana sudah banyak kali dibuktikan keberkesannya kalau pengamalnya menjalankan wiridnya secara ikhlas kerana ALLAH dan secara istiqomah

  Dengan izin, ridho dan Rahmat Allah, Insya Allah:

1. Memantapkan Rasa kehambaan kita
2. Memantapkan Rasa kedekatan dengan Allah
3. Memantapkan Keikhlasan dalam beribadah
4. Memudahkan Terhasilnya segala hajat
5. Terhindar dari Kezaliman Makhluk
6.Merasakan ketenangan jiwa dan khusyuk dalam beribadah
7. Terhindar dari Bencana
8. Terhindar dari Sihir sekaligus mengancurkan sihir
9. Keselamatan dari segala senjata
10. Penyembuhan Penyakit
11. Rezeki Lancar
12. Terbayar Hutang
13. Jiwa Tenang
14. Dan banyak lagi manfaat lain yang sengaja dirahsiakan dan tidak di nyatakan disini



Untuk Kesempurnaan Ilmu,maka setiap peserta yang sudah diisikan/diijazahkn oleh Ilmu ini bersedia mematuhi syarat2 ini;

1)ISLAM
 2)Betulkan niat-Niat hanya untuk beribadah dan mendapat keredhoaan ALLAH diikuti RahmatNYA

3)SOLAT
 4)SABAR(tidak tergesa gesa)
 5)Dzikir dengan penuh istiqomah

6)Yakin dengan ILMU ALLAH

7)Tidak melakukan segala perbuatan yg dilarang agama islam seperti ;

a-tidak mendekati atau melakukan zina
b-tidak meminum minuman haram spt ARAK
c-Tidak memakan makanan haram
d-tidak mencuri
e-tidak BERJUDI
f-dan yang lain lain yang diharamkan oleh ISLAM

8-Tidak sombong dan MERASA SAKTI

9-Tidak menggunakan Ilmu ini untuk menyakiti/dholim kepada orang lain

10-Menghormati ORANG TUA DAN GURU

*peringatan ilmu bukan ilmu copy paste dan atau di kedai kedai buku atau kitab mujarobat di toko toko buku atau di website/blog keilmuan percuma. ini sebenar benar gembleng ilmu HIKMAH DARI SUMBER YANG ASLI.Pertama kali saya bukakn rahsia....dan bg julung kali kali  tak perlu bayar sampai beribu beribu ringgit kalau dibandingkan manfaat dan rahsia yang akan anda dapat nanti. saya tetapkan hanya bagi yg serius sahaja untuk di ijazahkan ilmu ini

 MAHAR:RM599(sementara msh ada dan akn dinaikan lagi)

 BERMINAT SILA BNK IN KE ACC CIMB 0616 0001350 521 MHD SYUKRI B.ACHYAR

SELEPAS ITU SMS NAMA PENUH,ALAMAT,NO TEL,NAMA IBU KE TEL NO 019 2959366

MINYAK DAGU



Apakah Yang Dikatakan Sihir Minyak Dagu?

Minyak Dagu atau Minyak Guna-guna ialah bahan untuk menundukkan seseorang adalah termasuk dalam kategori amalan sihir. Sihir bererti seseorang itu menggunakan iblis dan syaitan untuk menguasai minda, pergerakan dan segala-galanya menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar kesedarannya.

Amalan ini termasuk dalam amalan yang diistilahkan sebagai at-tiwalah. Orang yang berbuat demikian termasuk dalam golongan orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik, dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik.

 Terdapat banyak cara menyediakan minyak guna-guna ini, antaranya ialah menggunakan minyak dagu orang mati dibunuh atau minyak yang diambil daripada perempuan mati beranak sulung. Minyak perempuan mati bersalin diambil pada malam hari yang sama ia dikebumikan.

Setelah digali, mayat disandarkan di pangkal sebatang pokok. Kedua-dua belah tangan dipegang oleh dua orang. Seorang lagi melayur dagu mayat dengan lilin yang ditadah dengan tempurung jantan di bawahnya. Kerja-kerja ini dimulakan selepas tengah malam. Minyak dibawa balik ke rumah, dimasukkan dalam botol kaca, diperasap dan dipuja sehingga minyak itu berbunyi dan mengeluarkan suara apabila nama perempuan berkenaan dipanggil. Suara tersebut adalah suara qarin yang ikut balik bersama minyak.

Menurut keterangan seorang lelaki, minyak dagu yang paling kuat ialah minyak dagu diambil dari perempuan mati mengandung sulung, di mana anak tersebut juga mati dalam kandungan. Mereka yang hendak membuat kerja ini mesti berbilangan ganjil, iaitu sama ada tiga atau lima orang dan tidak melebihi tujuh orang. Setelah berkumpul di satu tempat, tidak jauh dari tanah perkuburan, mereka akan dijampi, menyebabkan mereka seumpama terpukau, separuh tidak sedarkan diri dan menjadi berani, patuh pada arahan. Jampi dilakukan oleh orang yang mengetuai kumpulan itu, yang dikatakan mempunyai ilmu batin yang kuat, yang pernah melakukan kerja-kerja seperti ini.

Kemudian mereka mesti melucutkan kesemua pakaian dan pergi ke kubur dalam keadaan bogel atau hanya berseluar dalam. Setiap orang dipakaikan tangkal yang diperbuat daripada 12 helai benang mentah yang diikat di dahi masing-masing, sebagai pelindung daripada segala gangguan yang mungkin datang ketika melakukan kerja. Setelah mayat dinaikkan daripada lubang kubur, bahagian tertentu badan dicucuh dengan lilin putih.

Ada lima tempat sahaja yang perlu dilayur, antaranya ialah pada bahagian siku, pipi kanan, pipi kiri dan dagu. Menurut responden, mayat itu mungkin akan bergerak ketika dilayur dan akan mengganggu orang yang terlibat. Kerana itu, orang yang mengepalai kerja-kerja ini perlu mempunyai ilmu batin yang kuat, boleh membaca doa tanpa henti-henti dan dengan lancar sambil membalingkan bahan yang dibawa ialah beras kunyit dicampur dengan pasir, yang diambil dari tiga pantai dan buah lenga hitam yang digoreng tanpa minyak.

Mereka yang terlibat balik ke tempat asal di mana mereka berkumpul dalam keadaan telanjang membolehkan iblis dan syaitan ikut mereka sama. Sekiranya orang yang terlibat tiga orang, mereka mesti tidur di tempat berkenaan tiga malam, begitulah yang perlu dilakukan sekiranya kumpulan itu terdiri daripada lima orang.

Mayat ditinggalkan begitu sahaja di atas kubur. Setelah dimasukkan jarum, minyak itu ditapakan dalam tanah. Botol hanya boleh ditutup dengan tutup kaca. Penutup lain, seperti gabus tidak boleh digunakan. Minyak akan meletup keluar dan kering, menyebabkan minyak tidak berapa kuat atau hilang langsung hikmatnya. Orang yang memerlukan minyak ini mengambilnya dengan kapas, digunakan dengan mencalitnya kepada orang-orang tertentu dengan jari manis pada bahagian kulit, dimasukkan dalam makanan atau minuman.

 Menurut seorang responden, minyak dagu yang diambil daripada mangsa bunuh yang dilakukan oleh orang yang membuat minyak adalah lebih kuat. Selain diambil selepas tengah malam, minyak ini boleh diambil pada waktu maghrib kerana waktu ini adalah waktu segala iblis dan syaitan keluar dari tempat kediaman atau tempat persembunyian untuk mengganggu manusia, tetapi bagi orang yang terlibat mengambil minyak ini, makhluk tersebut adalah sahabat.

Minyak kadang-kadang diambil seorang diri tanpa pembantu untuk mengelak daripada timbul masalah. Minyak yang dicampur dengan abu orang mati adalah lebih kuat kesannya. Selain dicampur dalam makanan atau minuman, dicalit atau disapu pada kulit, bahan ini boleh ditanam di tempat-tempat tertentu, seperti di bawah tangga, di halaman rumah atau di mana-mana tempat laluan mangsa.

 Syaitan (qarin) yang berserta atau menunggu minyak dagu dipuja dengan rangkaian jampi dan diberi arahan atau perintah menjelma dalam mimpi, juga menjelma menyerupai orang yang menggunakannya sebaik sahaja mangsa terkejut daripada tidur. Hal demikian menyebabkan pemikiran mangsa, atau orang yang dipuja akan hanya tertumpu pada orang yang berkenaan, menyebabkan ia rasa gelisah tidak menentu dalam semua keadaan. Sukar hendak tidur. Kalau tidur dia terjaga, kalau terjaga rasa gelisah.

Dalam keadaan tertentu mangsa terasa seolah-olah ditarik-tarik untuk menemui orang yang memuja, lalu dia menapak dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pada hakikatnya, perbuatan ini bukan menyebabkan seseorang itu menyayangi pasangannya, tetapi menjadikannya bodoh, seolah-olah dikuasai oleh satu kuasa asing menyebabkannya tunduk melakukan sesuatu di luar kehendaknya.

 Selain untuk tujuan di atas, ilmu pengasih jenis ini ada kalanya digunakan untuk menundukkan seseorang, terutama kaum wanita semata-mata untuk tujuan seks, merampas isteri orang, untuk membalas dendam yang dilakukan mungkin kerana pinangan ditolak, perempuan atau lelaki memungkiri janji untuk berkahwin, pihak perempuan menghina atau memandang rendah kepada lelaki tertentu, menyebabkan rasa marah lalu membalas dendam dengan mengenakan sihir jenis ini.

 Mangsa ilmu guna-guna jenis ini akan memperlihatkan kelakuan yang aneh dan sering melakukan tindak-tanduk di luar kebiasaan. Orang yang pada asalnya membenci seseorang boleh bertukar menjadi rindu tanpa mempedulikan rintangan, hilang rasa harga diri, tidak peduli nasihat ibu bapa dan sebagainya.

 Dalam keadaan tertentu dia akan kembali normal, menyedari siapa dirinya yang sebenar, mengingati keluarga, tetapi dia berasa seolah-olah ada satu kekuatan luar menguasainya menyebabkannya berada dalam keadaan khayal dan terpukau. Kesan daripada amalan sihir berbeza, bergantung kepada kekuatan roh seseorang dan jenis sihir yang dikenakan iaitu kekuatan syaitan yang terlibat.

Ada mangsa yang hilang ingatan sama sekali, tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya apabila ingatannya pulih kembali. Kebanyakan mangsa tidak menyedari dirinya kena sihir, padahal perubahan besar berlaku pada dirinya. Iblis dan syaitan berusaha untuk menyesatkan manusia sejauh-jauhnya, agar dapat dibawa bersama terheret dalam neraka bersamanya.

Di antara jalan mudah untuk menyesatkan manusia ialah dengan tipu helah, menyebabkan manusia berdampingan dengan jin-jin yang terdiri daripada iblis dan syaitan, menyeru, memanggil dan memuja dengan rangkaian jampi, mantera atau serapah ataupun dengan kata-kata biasa untuk melaksanakan hajat jahat manusia, termasuk amalan menundukkan perempuan atau lelaki agar jatuh kasih kepada si pemuja. Apabila ini dilakukan oleh seseorang, orang yang berkenaan telah melakukan perbuatan sihir. Salah satu dosa besar yang membinasakan.

 Terlalu banyak kaedah untuk menundukkan seseorang, sama ada lelaki atau perempuan selain menggunakan kaedah yang dijelaskan. Apa yang pasti berlaku, amalan seperti ini semuanya melibatkan iblis dan syaitan untuk menyampaikan hajat seseorang. Biarpun hajat itu baik, untuk menjadikan sebagai teman perempuan yang telah memutuskan hubungan itu kembali mengingatinya, tetapi apabila caranya salah, iaitu menggunakan khidmat jin-jin, maka perbuatan tersebut tetap terlarang dan termasuk dalam golongan orang yang melakukan perbuatan syirik.

 Manusia yang berakal tidak akan rela melakukan sesuatu yang menyakiti orang lain, biarpun tujuan asalnya baik. Walaupun demikian, akibat kejahilan diri, manusia yang mempunyai akal waras sekalipun ada kalanya tercebur dengan perbuatan yang menyakiti orang lain.

 Dunia sudah maju. Namun masih lagi individu masih mempercayai dan menggunakan cara yang salah ini bagi tujuan tertentu. Bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor. Segala jodoh adalah ketentuan ALLAH SWT. Kita manusia hanya mampu merancang sahaja.



 CIRI CIRI TERKENA MINYAK DAGU

Minyak dagu Dikesan dan jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah ini :

 1. Merasa minat dan kasih yang mendalam kepada si pengamal minyak dagu tersebut.

2. Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan(tidak khusyuk)

 3. Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.

4. Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak dagu.

5. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya

6. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan

7. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya

8. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.

9. Mengalami sakit kepala sebelah sama ada di sebelah kanan atau kiri.

10. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh

11. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.

 12-kesan gatal dan kulit kemerah merahan

Tuesday, July 16, 2013

DOA NABI NABI ALLAH DALAM AL QURAN PART 2

Doa Nabi-nabi dalam al-Quran


Doa Nabi Musa AS

 قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Qala rabbi ishrah lee sadree Wayassir lee amree Wahlul AAuqdatan min lisanee

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

Doa nabi Sulaiman AS

 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Fatabassama dahikan min qawliha waqala rabbiawziAAnee an ashkura niAAmataka allatee anAAamta AAalayya waAAala walidayyawaan aAAmala salihan tardahu waadkhilnee birahmatika fee AAibadika alssaliheen

“Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )

Doa Nabi Zakaria AS

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا
 
 وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ

يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا

 Qala rabbi innee wahana alAAathmu minnee waishtaAAala alrra/su shayban walam akun biduAAa-ika rabbishaqiyyan Wa-innee khiftu almawaliya min wara-ee wakanatiimraatee AAaqiran fahab lee min ladunka waliyyan Yarithunee wayarithu min ali yaAAqooba waijAAalhu rabbi radiyyan

Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”. ( Surah Maryam : 4-6 )

Doa Nabi Isa AS 

قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ

وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

 Qala AAeesa ibnu maryama allahumma rabbanaanzil AAalayna ma-idatan mina alssama-i takoonu lana AAeedan li-awwalina waakhirinawaayatan minka waorzuqnawaanta khayru alrraziqeena

Nabi Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )

Doa Nabi Muhammad s.a.w

 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا

وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ

لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


 La yukallifu Allahu nafsan illa wusAAahalaha ma kasabat waAAalayha ma iktasabat rabbanala tu-akhithna in naseena aw akhta/narabbana wala tahmil AAalayna isran kamahamaltahu AAala allatheena min qablina rabbanawala tuhammilna ma la taqata lanabihi waoAAfu AAanna waighfir lana wairhamna anta mawlana faonsurna AAala alqawmi alkafireen

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. ( Surah al-Baqarah : 286 )

DOA NABI NABI ALLAH DLM AL QURAN PART 1

DOA NABI NABI ALLAH DLM AL QURAN (PART 1)


Antara doa nabi-nabi yang tertera dalam al-Quran

 1) DOA NABI ADAM AS

 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

 Qala rabbana thalamna anfusana wa-in lam taghfir lana watarhamna lanakoonanna minaal khasireen

 “Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)

2) DOA NABI NUH AS

 قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ

 Qala rabbi innee aAuuzuu bika an as-alaka ma laysalee bihi AAilmun wa-illa taghfir lee watarhamnee akun minaal khasireen

 “Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud :47)

3) DOA NABI HUD AS إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي
  عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

 Innee tawakkaltu AAala Allahi rabbee warabbikum mamin dabbatin illa huwa akhithun binasiyatihainna rabbee AAala siratin mustaqeem

 ”Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Surah Hud :56)


4) DOA NABI IBRAHIM AS

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لِي


 وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Rabbi ijAAalnee muqeema al ssolati wamin zhurriyyatii rabbana wataqabbal duAAa Rabbana ighfir lee waliwalidayya walilmukmineena yawma yaqoomu alhisab

 Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41) 5)

DOA NABI YUSUF AS

 رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا

وَالْآخِرَةِۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Rabbi qad ataytanee mina almulki waAAallamtanee min ta/weelial-aha deethi fatira al ssamawatiwaal-ardi anta waliyyeefee alddunya waal-akhirati tawaffanee musliman waalhiqnee bialssaliheen

 “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101

 6)DOA NABI AYUB AS

 أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

annee massaniya alddurru waanta arhamu al rrahimeen “

Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

 7) DOA NABI YUNUS AS

 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ

la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minal zolimin

“Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim (Surah Al-Anbiya’:87).

Friday, July 12, 2013

HIKMAH BERDIAM DIRI


Hikmah Berdiam Diri Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat.

 Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia.

 Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

 1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud: * "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )

 * "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )

 * "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya". ( RW AT-TARMIZI ) Madah Dari Hukama: * BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOHH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

 Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

10 AYAT ALASAN KUBUR MASING MASING

10 Ayat Pedas Bagi Alasan Kubur Masing-Masing


Statement 'kubur masing-masing' antara alasan tipikal yang kerap diguna pakai oleh mereka yang sangat-sangat ego dan bongkak untuk menerima teguran atas kejahilan yang mereka lakukan.

Berikut adalah 10 contoh ayat makan dalam yang boleh dipraktikkan ke atas golongan macam ni. Memanglah Kubur Masing-Masing. TAPI....

1. Mati nanti, kau mandi sendiri, kafan sendiri, solat jenazah sendiri. Kubur pun kau gali sendiri, tanam sendiri.

 2. Sebab kubur masing-masing la aku nak nasihat kau. Kalau kita sekubur, boleh jugak aku tolong jawab bila Malaikat soal. Kalau nak kena balun, boleh aku tolong cover kau.

3. Aku takut orang tak nak datang baca Yassin nanti sebab tak tahan bau busuk jenazah kau. Nak ziarah atau cium jenazah kau pun tak sanggup sebab berulat.

4. Aku tak nak dapat dosa sebab tak tegur kau. Tak naklah teman kau kat neraka tu. Takde air-cond.

5. Pastikan kau tulis wasiat supaya kubur kau ditanam di tanah perkuburan khas untuk kau sorang je. Sebab takut orang lain dalam kubur sebelah rasa terganggu sebab asyik dengar suara kau terpekik terlolong kena siksa.

 6. Bukan setakat kubur. Rumah pun orang duduk asing-asing. Tapi kalau kau buat bising, rumah kau busuk, kotor, kau ingat jiran sebelah suka?

 7. Kau ingat dalam kubur tu macam hotel ke boleh santai-santai walaupun buat dosa? Dengan sempitnya, ular, kala jengking dan macam-macam lagi azab siksa kubur.

 8. Kesianlah kat orang yang nak usung jenazah kau tu. Patah tulang bahu diorang nanti sebab mayat kau berat sangat. Tak pasal-pasal nanti nak kena sewa kereta kebal pulak usung mayat kau.

 9. Kau yakin ke mati nanti kau masuk kubur? Aku takut tanah tak nak terima jenazah kau je. Orang lain jugak susah nak kena ke laut semata-mata nak campak mayat kau tu.

10. Aku nak tolong kau kat dunia ni sebab bila dah masuk kubur tak boleh nak tolong dah. Sebab semua orang akan buat hal masing-masing. Hinggakan, walau kita semua bertelanjang bulat kat padang mahsyar nanti, takdenye ada orang nak peduli tengok kau punya.

 p/s : Buat golongan yang suka bagi alasan kubur masing-masing tu, insaflah. Jangan dibuat main dengan siksa kubur. Apatah lagi azab neraka kelak. Jangan berlagak tak kena tempat bila ditegur. Memang kubur masing-masing. Tapi jangan menyusahkan orang lain yang nak menguruskan jenazah kau sebelum dibawa masuk ke kubur masing-masing kau tu.

 p/s : Ramai yang lebih takut hantu kubur dari siksa kubur...insaflah moga moga kita diberikan pengampunan

MANUSIA INSAN YG LEMAH TANPA BANTUAN ALLAH

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU INSAN YANG LEMAH DAN TIADA UPAYA

Kita mampu melakukan Wudhu, Sholat, Wirid dan Do'a karena atas pertolongan ALLAH dan Terkabulnya Do'a adalah atas Kasih Sayang ALLAH Bukannya disebabkan oleh Amal yang sudah di buat, ALLAH menolong kita beribadah kepada-Nya dan Membuat kita berdo'a kepada-Nya sebagai sebab dari MAHA Penyebab.

 JASAD yang terkandung NAFSU didalamnya yang telah membutakan QULB atau RUH, sehingga semua perbuatan seolah-olah mampu di lakukan oleh diri kita dan melupakan ALLAH yang MAHA PENYEBAB dan MAHA PENOLONG.

 Marilah kita senantiasa memohon perlindungan kepada ALLAH dari kejahatan NAFSU kita.yang sangat halus ini sehingga kita terhindar dari menyekutukan ALLAH dengan perbuatan kita tanpa kita sadari.

Kita mesti ingat setiap mahluk disifatkan "Laa Haula wa laa quwwata (Tiada Daya Tiada Upaya)"

Janganlah kita berbuat Zalim kepada ALLAH dengan mengaku-aku melakukan segala sesuatu dengan daya, upaya dan kekuatan sendiri PADAHAL semua itu atas dasar Pertolongan ALLAH YANG MAHA PENOLONG.

 Janganlah menyembah SEBAB, Sembahlah ALLAH YANG MAHA PENYEBAB.

Janganlah menyembah IKHTIAR, Tetapi Sembahlah ALLAH YANG MAHA PENOLONG yang membuat kita mampu ber-ikhtiar.

 Janganlah menyembah REZEKI, Tetapi Sembahlah ALLAH YANG MAHA PEMBERI REZEKI DAN MAHA KAYA.

Janganlah menyembah KHASIAT, Tetapi Sembahlah ALLLAH YANG MAHA MENGKARUNIAKAN KHASIAT

Janganlah menyembah FADHILAH, Tetapi Sembahlah ALLLAH YANG MAHA MENGKARUNIAKAN FADHILAH

Janganlah menyembah ILMU, Tetapi Sembahlah ALLLAH YANG MAHA ILMU

Jangan menyembah BACAAN MANTRA/AYAT/SURAH , Tetapi Sembahlah ALLAH YANG MENCIPTAKAN KITABUN MUBIN, yang MEMILIKI KALIMAH YANG SEMPURNA dan MEMILIKI NAMA-NAMA YANG AGUNG.

Sunday, July 7, 2013

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Melihat Wajah ALLAH

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Melihat Wajah ALLAH


Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25

 Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya.

 Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat. Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah.

 Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

 1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman : Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

 2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat ,
 tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka. Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.” Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

 3. Orang Tua yang Berzina
 Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:“Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.” Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

 4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

 5. Orang miskin yang takabbur

 6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air. Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

 7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan
 Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih.

 Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ).

 Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya .

 Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

 8. Penderhaka Ibu Bapa
 Rasulullah bersabda: Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

 9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

 10. Orang Lelaki yang Dayus
 Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marahApabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

 11.Pengamal Budaya Kaum Luth
 Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

 12. Pengamal Seks Abnormal
 Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

 13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan. Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ).Hadith di takhrijkan oleh Muslim

 14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau “Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”

 15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu. 

16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”

 p/s..Semoga kita sentiasa di bawah lindungan NYA.

Saturday, July 6, 2013

CARA MENGERJAKAN SUJUD SYUKUR

Cara mengerjakan Sujud Syukur

SUJUD SYUKUR

 DEFINASI

 Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.

 Waktunya

Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya

 Dalilnya

 Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.

 Rukunnya
 1 Niat
 2 Takbiratulihram
 3 Sujud
 4 Memberi salam

 Syarat-syaratnya

 Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :

 a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
 c. Menghadap ke kiblat
 d. Menutup aurat

 Cara-cara melakukannya. Pertama :

 Niat,
 SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA

Kedua : Mengangkat takbiratulihram,
 ( ALLAHUAKBAR )

 Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat Bacaan dalam sujud

 1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali 2.

 Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

 A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

 B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

 C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

 D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

 E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

 Keempat :

 Duduk selepas sujud lalu memberi salam. p/s:terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepda kita selama ini.marilah kita bersyukur diatas segala yang dilimpahkanNya kepada kita...

5 UJIAN ALLAH SEBAGAI TANDA MCINTAI KITA

5 Ujian Allah SWT sebagai tanda Allah Mencintai kita
تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك 1-
 Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.

 وما أخذ منك إلا ليعطيك 2-
 Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.

 وما أبكاك إلا ليضحكك 3-
Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.

 وما حرمك إلا ليتفضل عليك 4-
Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.

 وما ابتلاك إلا لأنه يحبك 5-
Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.

 جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه
 Semua mereka yang menerima bala atau ujian Allah SWT, Allah SWT akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya : Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku.