Tuesday, March 26, 2013

SEMBAHYANG UBAT PENYAKIT HATI

SEMBAHYANG UBAT PENYAKIT HATI


Sembahyang fardhu atau sunat adalah ubat penyakit hati
yg berbagai bagai jenisnya
Membaca Al Quran adalah pil pengubat,penyakit jiwa manusia
Penyakit manusia yang penuh dengan mazmumah
Yg merupakan barah rohaniah
Dan lain lain penyakit rohani yang membahayakan manusia
Penyakit iniakan menular ke anggota lahir manusia,yg merosakan manusia lain pula

Zikir yg menjadi wirid sejenis ubat rohaniah juga
Kalau kene cara dan peraturannya
Boleh menyembuhkan penyakit rohani manusia juga
Belajar ilmu tujuannya sama sahaja
Hendak mbaiki penyakit batin manusia yg berbagai jenisnya

Ada penyakit bakhil,tamak,pemarah,dengki,dendam,riyak,ego,megah,ingin nama,sum'ah,
cinta dunia dan selainnya
Berfikir juga boleh mgubat penyakit rohani manusia,kalau kene caranya
Ini adalah jenis ubat yg bersifat maknawi dan rohani

Apa yang telah kita sebutkan tadi semuanya OBAT
Ia adalah ubat hati dan jiwa
Ubat nafsu yang sangat jahat yang liar dan rakus,gelojoh,sombong bodoh
Merangsang dan mendorong
Tegasnya berbagai bentuk ibadah yg ada didalam islam semuanya adalah ubat jiwa

Supaya manusia sembuh dari sebarang penyakit rohani yg merbahaya
Agar masyarakat berkasih sayang,bertimbang rasa,rasa bersama,bekerjasama,bahgia dan harmoni
Tapi ramai orang beribadah berbagai jenisnya
Tidak pula menyembuh penyakit jiwa atau hati mereka


Ada kalanya makin banyak beribadah,semakin subuur penyakit batin manusia
Semakin banyak beribadah,semakin cinta dunia
Semakin banyak beribadah,dengki dan pemarah semakin subur didalam hati manusia
Semakin banyak beribadah kasih sayang tidak ada
Bela membela tidak pernah ada didalam kehidupan manusia

Rupanya ibadah manusia itu,
Tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia
Padahal TUHAN suruh beribadah
Tujuan berubat menghilang mazmumah yang merbahaya
Kalau penyakit tidak sembuh,
Sudah tentulah ibadah itu banyak yang tidak kena

Ibadah yg tidak faham,tidak dihayati sampai ke jiwa
Ibadah itu adalah ibadah rangka sahaja
Ibadah bangkai bernyawa yg tidak memberi faedah apa2 pada manusia
Ibadah yang tidak boleh mengubat penyakit rohani manusia
Tuhan tolak sahaja tidak dapat pahala apa apa
Ibadah orang yang lalai,untuk dimasukan ke neraka sahaja
KERANA IBADAH TIDAK SAMPAI MATLAMATNYA

No comments:

Post a Comment