Wednesday, October 30, 2013

CARA CARA MANDI WAJIB



PENGERTIAN MANDI

* Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
* Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.

PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI


1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam faraj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.

2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.

3. Keluar haid iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.

4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).

5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.

6. Mati, kecuali mati syahid.

FARDU MANDI

1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.

Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:

Maksudnya:
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.

atau
Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.

Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:

Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.

atau
 
Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.

2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.

3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.

PERKARA SUNAT SEMASA MANDI

* Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:

1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz
2. Berwudhu’ sebelum mandi.

3. Membasuh dua tapak tangan.

4. Menggosok seluruh bahagian badan.

5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.

6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.

7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

MANDI-MANDI SUNAT

* Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:

1. Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.

2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.

3. Mandi kerana minta hujan (istisqa’).

4. Mandi kerana gerhana bulan.

5. Mandi kerana gerhana matahari.

6. Mandi kerana memandikan mayat.

7. Mandi kerana masuk agama Islam.

8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.

9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.

10. Mandi ketika hendak ihram.

11. Mandi kerana masuk Makkah.

12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.

13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.

14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.

15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.

16. Mandi kerana sa‘i.

17. Mandi kerana masuk ke Madinah.

Monday, October 28, 2013

TAHUKAH ANDA 4 KITAB SUCI TAURAT,ZABUR,INJIL,DAN AL QURAN DITURUNKAN DALAM BAHASA APA?

1- Kitab Taurat

Kitab Taurat telah diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Musa as dalam bahasa Ibrani. Dalam kitab Taurat ini terkandung hukum syarak dan keyakinan yang betul. Ia juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman (Muhammad saw) akan lahir dari keturunan Nabi Ismail as . Kitab Taurat yang asli tidak ditemui lagi pada masa sekarang kerana isinya telah ditokok tambah oleh orang-orang yahudi.

2- Kitab Zabur

Kitab Zabur telah diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Daud as dalam bahasa Qibthi. Kitab Zabur tidak mengandungi hukum perundangan . Kandungannya hanya mengenai perkhabaran, cerita , zikir , doa dan hikmah-hikmah. Oleh sebab itu, Nabi Daud tidak mempunyai syariat tersendiri , ia dan umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Musa as.

3- Kitab Injil


Kitab injil telah diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Isa as dalam bahasa Suryani . Diantara kandungannya yang utama ialah menyeru umat manusia agar meng-Esakan Allah swt . Kitab Injil juga memberitakan akan kelahiran seorang Nabi dan rasul di akhir zaman iaitu Nabi Muhammad saw. Orang-orang Yahudi telah mengingkari akan kebesaran Allah swt . Mereka telah menghimpunkan kitab-kitab ini menjadi satu yang diberi nama "bible". Kemudian mereka ubah isi kandungannya mengikut kehendak hati mereka agar berkesesuaian dengan kehidupan mereka seharian. Bible ini terbahagi kepada dua bahagian besar. Pertama bahagian Taurat yang dinamakan dengan perjanjian Lama (Old Testament). Kedua bahagian Injil yang dinamakan dengan perjanjian baru (New Testament).

4- Kitab Suci Al-Quran


Kitab suci Al-Quran adalah sebuah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw . Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di dalam Al-Quran mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia, sama ada untuk mencapai kemakmuran hidup di dunia maupun untuk kebahagiaan hidup di akhirat. Ajaran yang disampaikan di dalam A-Quran sesuai untuk seluruh umat manusia dipermukaan bumi ini tidak kira bangsa dan keturunannya. Ajaran yang termuat di dalam Al-Quran lengkap dan sempurna, ia tidak akan berubah dan kekal selama-lamanya bahkan ia tetap terpelihara oleh Allah. Al-Quran merupakan mukzijat Nabi Muhammad saw yang terbesar dan berkekalan sehingga hari kiamat.

Tuesday, October 22, 2013

AIRMATA TELAGA HATI KEMARAU KONTANG



AIR TELAGA HATI SUDAH KEMARAU KERING

Sudah brp bnyak air mata yg kita tumpahkan
Entah berapa kali air mata kita menitis
Kalau dikumpulkan semua
Mungkin mgalir mbanjiri dunia ini

Airmata menitis
Dilanda sedih
Sedih dibiarkan suami/isteri
Sedih kehilangan insan yg tersayang
Sedih hidup tersisih
Sedih hidup sengsara
Sedih kehilangan HARTA
Sedih kerana PAPA KEDANA
Sedih ditimpa BALA BENCANA
Sedih diKATA dan diFITNAH
Sedih tidak kesampaian CITA CITA

TAPI TAPI TAPI......???
Dimana airmata sedih yg mengalir kerana DOSA
Dimana titisan airmata takutkan NERAKA
Kemana perginya airmata terharu??

Mengingati rahmat TUHANNYA
Air telaga hidayah dihati kering kontang sebenarnya
Kerna sudah lama di landa kemarau
Hujan IMAN DAN TAQWA
Sudah lama tidak turun
Hati telah lama GERSANG
Bilakah air telaga HATI YG JERNIH
Akn mengalir ke mata
Berguguran ke BUMI?
Pembawa keinsafan YG ABADI

Monday, October 21, 2013

BERSYUKUR ATAU MENGELUH

Nikmat: Bersyukur Atau Mengeluh?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah... Sekali lagi kita semua diberi kesempatan umur yang panjang dan kesihatan yang agak baik pada hari ini. Antara nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan kepada kita pada hari ini dan sebelumnya. Belum tentu kita ada esok untuk mensyukurinya.

Allah telah berfirman bahawa nikmat yang dikurniakanNya memang tidak terhitung. Tetapi, kita sebagai hambaNya, adakah kita mensyukuri nikmat-nikmat itu?


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - (An-Nahl: 18)

Kita sering mendengar pelbagai keluhan dan kita sendiri mengeluh.
"Bising betullah mesin ni. Cubalah senyap sikit."
"Penat je beli baju ni bulan lepas. Dah tak muat."

Ada sahaja yang kurang bagi kita. Ada sahaja yang kita hendak rungutkan. Tidak pernah cukup dengan apa yang kita ada. Lumrah manusia, merungut dah tidak berpuas hati dengan apa yang diperolehi. Tetapi mari kita sama-sama cuba fikirkan apa yang terjadi dan apa yang ada pada kita.

Kita merungut dengar bunyi bising hari-hari, memang geram, sakit hati. Itu sebenarnya menandakan kita masih lagi mampu mendengar.

Kita merungut pakaian yang kita pakai sudah ketat, kecik, tidak muat. Tetapi tidakkah kita bersyukur, baju itu sudah tidak muat kerana kita sebenaranya cukup makan. Allah beri rezeki melimpah ruah.

Kita merungut untuk rumah yang kita kena bersihkan, mop lantai, lap tingkap, sapu rumah dan sebagainya hari-hari. Tetapi bersyukurlah kerana itu menandakan kita masih lagi mempunyai tempat tinggal untuk berlindung dari hujan dan panas.

Kita mengeluh otot-otot kita kejang, kita sakit-sakit badan buat kerja hari-hari. Tetapi, itu sebenarnya menandakan kita masih mempunyai kudrat untuk berkerja kuat mencari rezeki.
Kita merungut untuk kerenah anak-anak yang tidak menetu dirumah. Kadang-kadang kita rimas. Tetapi besyukurlah, sekurang-kurangnya mereka berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

Kita mengeluh kerana tempat letak kereta ke lif yang mungkin agak jauh. Tetapi sebenarnya kita perlu bersyukur kerana diberi nikmat masih mampu berjalan.

Kita mengeluh untuk timbunan pinggan mangkuk, pakaian yang perlu dicuci. Tetapi, itu menandakan kita sebenarnya memiliki semua itu untuk digunakan.

Untuk pagi-pagi yang selalu dikejutkan dengan jam loceng, kita merungut kemalasan. Tetapi itu menandakan kita sebenarnya diberi kesempatan untuk mengharungi hari sekali lagi.

Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat" - (Ibrahim:7)

Dan sebenarnya, Allah menguji kita dengan pelbagai cara. Setiap nikmat yang Allah berikan itu juga adalah ujian bagi kita. Pancaindera, rumah, pakaian, keluarga, kewangan, mahupun pekerjaan adalah sebahagian nikmat yang kita perolehi seharian. Ada diantara kita yang sedar dan tahu,tetapi ada juga yang tidak.


“Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” - ( Az-Zumar:49)

Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Beryukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menrik nikmat itu bila-bila masa sahaja.

Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada :)

Sunday, October 6, 2013

MENUJU JALAN KERBERKOHAN ILAHI



Ingatlah,bahwa harta itu akan menjadi jelaga dunia bila kita tidak menyepuhnya dengan emas sedekah.

Manusia hidup pasti memerlukan sarana dan kemulyaan.
Dengan harta kita bisa menafkahi anak dan istri.
Dengan harta kita bisa menyantuni yg membutuhkan.
Dengan harta kita bisa memberi kepada yang sakit selain doa.
Dengan adanya uang kita bisa ibadah dengan tenang karna kebutuhan anak sekolah dan istri sudah terpenuhi.
Dengan adanya uang kita bisa membangun masjid dan musholla.
Dengan uang kita bisa membelikan sesuatu yang berharga bagi orang tua kita.Memberi makan yang enak,tidur yang nyaman.Dan masih banyak lagi yang bisa kita perbuat dengan harta,dan tentunya menjalankannya-dengan LILLAH BILLAH--

**kITA harus bisa memandu uwang ,jangan sampai kita yang dipandu oleh uang.

**KItalah yang harus mengendalikan uwang,jangan sampai uwang yang mengendalikan kita.

**KitaLah yang harus memperbudak uang,jangan sampai kita diperbudak oleh uang.

**KiTalah yang harus mengarahkan uwang,jangan sampai uang yg mengarahkan kita.

**Kitalah yang harus mengatur uwang,jangan sampai kita yang diatur oleh uwang.

Jangan sampai uang membawa celaka dunia dan akhirat.

Begitulah peran harta-tergantung bagaimana kita yang menjalankannya-kita jalankan uang dengan Iman atau hanya dengan senang.Bila uwang kita jalankan dengan Iman ,tentunya akan membawa kemulyaan dan ampunan Alloh SWT di akhirat nanti.Tapi bila harta kita jalankan hanya dengan kesenangan ,maka miskinlah akhiratmu...,''CARILAH DUNIA UNTUK AKHIRATMU;;
Semoga bermanfaat.

Friday, October 4, 2013

BIODATA MALAIKAT

Nama : Malaikat
Lahir : Sebelum diciptakannya manusia

Agama : Islam
Jabatan : Pengawal orang yang taat kepada Allah subhanahu wa ta'ala

Teman dekat : Orang yang tidur dalam keadaan suci
Tempat tinggal : Arsy / Langit

Patner Kerja : Muslim yang ta'at
Agen : Waliyullah dan para ulama

Kekasih Didunia : Orang yang selalu bersholawat dan berdzikir

Musuh : Iblis,orang kafir,zionis dll
Hobby : Mengajak kebaikan terhadap manusia

Tempat favorit : Majelis ta'lim,masjid dan rumah-rumah yang dibacakan Al-Qur'an,Dzikir,Shalawat dll

Tempat yang dibenci : Toilet,tempat maksiat dan rumah-rumah yang didalamnya terdapat kemaksiatan

Jurus Andalan :

1. Mengajak kepada kebajikan

2. Menanamkan ketaqwaan terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala

3. Ikut Membaca Al-Qur'an bersama orang yang gemar membaca Al-Qur'an

Pekerjaan :

1. Mengerjakan semua perintah ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala

2. Mendo'akan orang yang duduk menunggu waktu sholat

3. Mendo'akan orang yang bersedekah dan berinfak dijalan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala

4. Mendo'akan orang yang menjenguk orang sakit

5. Mendo'akan orang yang mendo'akan saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya

6. Mendo'akan orang yang tidur dalam keadaan suci

7. Mendo'akan orang yang duduk setelah selesai sholat (artinya berdzikir,berdoa dll)

8. Mendo'akan orang yang sholat subuh dan ashar secara berjama'ah

9. Mendo'akan orang yang berada pada shaf terdepan ketika sholat berjama'ah

10. Mendo'akan orang yang menyambung shaf yang kosong

11. Mendo'akan orang yang bersahur pada bulan ramadhan

SUBHANALLAH...

Semoga ALLAH perkenankan kita untuk didampingi malaikat-malaikat-Nya, atas izin-Nya lah para Malaikat senang membantu kita. Oleh karena itu, dekatlah kepada ALLAH, Carilah ALLAH kalau mau minta bantuan. Mudah2n bala bantuan dari Malaikat akan datang berturut2 atas se-izin-Nya. Aamiin.

Tuesday, October 1, 2013

KAEDAH MEMAGAR DIRI DARI SIHIR



Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". Riwayat al Bukhari.

Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk.
Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
Muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil luang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W.
telah bersabda : Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan -kawasan hulu yang lidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan.
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud ikhlas untuk bertaqarrub kepadaNya..
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Kelima (5)

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas.
Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Keenam (6)

Perlindungan ketika hendak mengerjakan solat.
Jubair ibnu Mut'im r.a. pernah mendengar Rasulullah S.A.W. menyebut zikir sebanyak 3 kali.

Pagar Ketujuh (7)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah. Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin
sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil
berdoa : Ertinya :"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.

Pagar Kelapan (8)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu"
Riwayat al Bukhari.

#maklumat dari kitab karangan Sheikh Wahid Abdul Salam Baliy